aku
sedang mengosongkan rak untuk make space alat-alat baru beli dari dental
supplier siang tadi ketika aku terjumpa sebotol syampoo anti ketombe(1).
kisah di sebalik syampoo
anti ketombe
syampoo tersebut aku
belikan untuk seorang kawan yang mempunyai masalah kelemumur. keberkesanan
syampoo ini belum diketahui namun begitu aku telah mencuba syampoo untuk rambut
gugur dari brand yang sama dan aku sangat berpuas hati. pesan kawan aku, kalau
syampoo organik takde bahan X dalam ingredient. lebih unik lagi, syampoo ni
takde kat msia.
jadi syampoo ni berjaya
masuk dalam senarai "benda yang boleh dijadikan souvenir(2)"
kalau balik cuti.
aku pernah berjanji nak
kasi souvenir pada kawan tersebut.
dipendekkan cerita, aku pernah membelikannya sesuatu. tapi aku
tak pernah kasi.
sebab aku terbayang betapa ridiculous nya seorang lelaki
berkipas dengan gambar teddy bear kat kipas(3) tu.
(come to think about it,
he needed the fan. aircond selalu rosak di tempat kerja, katanya)
besok cuti(4).
sabtu hari kerja. nanti
aku tanya siapa ada masalah ketombe.
(1) ketombe = kelemumur
(2) adalah suatu masalah
kerana selalu tak dapat memikirkan apa yang worth buying kat sini yang sesuai
dijadikan cenderahati yang takde kat msia
(3) aku notice kipas
plastik sangat popular di sini, dengan macam2 corak n bentuk. takkan jumpa kat
msia walaupun kat uptown.
(4) cuti apa aku pun tak
tau. yang penting libur deh.....
No comments:
Post a Comment