ketahuilah kawan-kawan sekalian, bahawa status facebook yang bodoh-bodoh seperti "lapar" atau "hari ni nak gi shopping kat etc etc" atau "sakit perut cirit-birit hari ni dah 6 kali masuk kuar jamban" adalah lebih baik dari status/share article facebook yang hipokrit, menggelabah lagi extreme dan fanatic.
contoh hipokrit adalah bila kau seorang lelaki yang sering share article berjudul seperti "perempuan yang tak patut dijadikan isteri" atau "perempuan pakai tudung tapi masih seksi" bila aku sendiri tau kau makan minum belum tentu tolak yang haram titik berat yang halal. bila aku sendiri pernah nampak kau bangga2 pakai tshirt lambang jack daniel maka pada setiap share kau aku akan memulangkan paku buah keras pada kau walopun dalam bahasa berlapik. maka bertambahlah dosa aku jika yang membaca memahami maksudku kerana telah membuka aib orang. walaupun niatku adalah untuk menyedarkan kau supaya janganlah hipokrit sangat dan aku sebagai perempuan tak suka kau seperti menghina dan prejudice tehadap gender kami yang sering ada saja salah dan kekurangannya di mata seorang lelaki seperti engkau
contoh menggelabah adalah bila kau dari A merantau ke B untuk mencari sesuap makan dan di situ lah rezeki kau tersedia, namun kau tak menyenangi orang-orang dan keadaan di negeri B lalu setiap hari kau memaki hamun dan menghina environment dan keadaan di B tanpa nmemikirkan sensitivity yang membacanya. kau pernah dianiaya oleh orang di negeri B lalu kau meletakkan stereotype tersebut kepada semua orang yang berasal dari B. aku sebagai yang lahir di negeri B, hidup dan membesar di B merasa terhina dan terluka atas kata-kata kesat yang kau tak tujukan pada aku. dan perlu aku ingatkan, kalau kau tak suka duduk KL kau boleh balik tempat asal kau. KL tak rugi sikit pun kau takde. company kau pun tak heran kau quit. persoalannya, adakah kau akan mendapat peluang yang sama seperti di KL kalau kau di tempat asal kau? aku orang KL. KL best.
contoh extreme adalah bila kau ni kononnya kuat agama dan untuk memelihara iman kau dari dicemari lalu kau pun membuat announcement "nak delete fb yang seksi meksi dari fren list" wow. selama aku belajar agama, tak pernah pula aku diajar untuk memutuskan silaturrahnim ngan yang tak menutup aurat.
contoh terakhir aku baru encounter. penyebab rasa meluat lagi menyampah meluap-luap lalu aku pun deactivate acc fb aku untuk mengelakkan hati semakin hitam dek kutukan2 yang tak terluah di mulut.
kadang-kadang status fb entah apa-apa dari budak sekolah dengan bahasa rempit kurang difahami sebab terlalu pelik adalah lebih menarik untuk dibaca dari status orang dewasa yang konon matang tapi penuh kepura-puraan lagi menjengkelkan.
Agreed
ReplyDelete