Saturday, March 17, 2012

bahang asmara

kilauan cinta yang engkau genggam
tak sama kehangatan cintaku
berkurun lama tidak pernah terpadam
dan kilauan itu membunuhku
tersingkir lah bahang asmaraku

Gamma - Bahang Asmara

aku sedang menggulung tampon untuk disumbatkan ke mulut sesiapa yang betuah menjadi patien aku sambil mendengar Sinar fm online ketika lagu ini berkumandang.

malam ni panas dah bape hari tak hujan. aku tengah berkira-kira nak mandi malam ketika aku melalak lagu ni sambil duduk menggulung2 kapas (sila bayangkan). 

sambil melalak aku berfikir.

lagu ini bermaksud perempuan yang dipuja meninggalkan si penyanyi untuk lelaki yang lebih berharta.

dan ini conclusion aku ketika lagu tersebut habis

antara kehangatan cinta dan kilauan emas permata. aku pilih kilauan emas pemata. tak perlu lah kehangatan cinta kau sebab malam ni pun dah cukup panas. lagi baik aku pilih emas permata boleh tukar jadi duit beli aircond.

dan inilah. perasaan sebenar dari sudut hatiku.

some women would not agree. some would. 
and some men will take this personally.

No comments:

Post a Comment