Friday, March 30, 2012

lelaki dan gigi

ada patient kata husband nya sakit gigi dari dulu tapi taknak ke dentist. untuk tahan sakit, beliau minum ponstan slalu.

ada yang di tanya nak periksa gigi dia kata gigi dia sehat je tak pernah sakit padahal aku nampak karies kemain lagi banyak dalam mulut dia. dan bukan stakat karies superficial atau media. dah gangrene pun ugh

ada pulak yang kena offer untuk cabut gigi tinggal radiks tapi mati-matian taknak cabut gigi.

semua ni berlaku pada laki-laki

maka yang jadi patient kat klinik tu majority perempuan.

tak kira segagah mana pun kau. berparut-parut pun kulit kau. bape pax kat perut kau. betapa respected kau di kalangan mat rempit atau tukang bechak preman.

cukup tough kah engkau jika cabut gigi pun kau tak berani?

seperti kata doc aku. yang selalu collapse kat dental chair tu laki-laki

yang aku terbayang lelaki pakai jeket hitam ngan rambut panjang muka tindik-tindik misai bergulung dan ber tattoo terkencing-kencing kat dental unit bila tengok dentist pegang syringe

lawak dalam aneh

Wednesday, March 28, 2012

rangkuman hari ini

4 jam lalu
aku baru duduk untuk makan tengahari walaupun tak tengahari dah ketika lampu dan laptop tiba-tiba terpadam. blackout. aku boleh agak lama sebab dengar ada jiran mula pasang gensek (generator).

5 jam lalu
jalan kaki balik dari fac dan terpaksa tunggu pasukan demon berarak dulu baru aku dapat jalan. demon sebab harga minyak naik.
demon perkara biasa. dah banyak kali terserempak.
cuma tadi aku takut sket sebab pakai baju kurung.

7 jam lalu
OD patient. gigi 12 pasang gigi tiruan. katanya sebelum pasang gigi palsu penah pasang implant tapi cabut (???).
bawah gigi tiruan 12 ada radix (?!!). takde tanda-tanda pernah pasang implant. dapat dilihat gigi diratakan sampai paras gingiva (!!!!)
waktu dokter check, takde pula mention pasal radix.
mungkin sebab kat sini tukang gigi tu pekerjaan legal.

benda yang kau tak jumpa di tempat lain, kau dapat experience di sini.

only in Bandar X

Saturday, March 24, 2012

stress

still belum ada patient orto.

stress.

stress.

stress........................................................

Friday, March 23, 2012

kipas plastik dan syampoo antiketombe

aku sedang mengosongkan rak untuk make space alat-alat baru beli dari dental supplier siang tadi ketika aku terjumpa sebotol syampoo anti ketombe(1).

kisah di sebalik syampoo anti ketombe


syampoo tersebut aku belikan untuk seorang kawan yang mempunyai masalah kelemumur. keberkesanan syampoo ini belum diketahui namun begitu aku telah mencuba syampoo untuk rambut gugur dari brand yang sama dan aku sangat berpuas hati. pesan kawan aku, kalau syampoo organik takde bahan X dalam ingredient. lebih unik lagi, syampoo ni takde kat msia.
jadi syampoo ni berjaya masuk dalam senarai "benda yang boleh dijadikan souvenir(2)" kalau balik cuti.

aku pernah berjanji nak kasi souvenir pada kawan tersebut.
dipendekkan cerita, aku pernah membelikannya sesuatu. tapi aku tak pernah kasi.
sebab aku terbayang betapa ridiculous nya seorang lelaki berkipas dengan gambar teddy bear kat kipas(3) tu.
(come to think about it, he needed the fan. aircond selalu rosak di tempat kerja, katanya)


besok cuti(4).

sabtu hari kerja. nanti aku tanya siapa ada masalah ketombe.


(1) ketombe = kelemumur
(2) adalah suatu masalah kerana selalu tak dapat memikirkan apa yang worth buying kat sini yang sesuai dijadikan cenderahati yang takde kat msia
(3) aku notice kipas plastik sangat popular di sini, dengan macam2 corak n bentuk. takkan jumpa kat msia walaupun kat uptown.
(4) cuti apa aku pun tak tau. yang penting libur deh.....

Tuesday, March 20, 2012

to a lewis

dear lewis
City up my lambs burnham t2 at cooking etc and come all
But I buy a cool moving to see more
I still love that city up my lambs
Ahmed lesnar added in a buffet lot

ok a bomb
Union cool about my damn old server loom the door
Union co dcc cool peel a quote gaga

i put into a dumbo, lewis

Monday, March 19, 2012

imaginasi sadist II

aku terbayang aku memanfaatkan jarum suntik aku ketika jiran sebelah rumah dengan takde common sense mula berkaraoke dengan memasang speaker kuat ketika aku baru nak tido siang.

aku terbayang benda yang sama siang tadi bila Abc making dirty jokes pasal aku straight to my face regardless the presence of  a (good looking) male doctor.

pernahkah bila kau bengang sangat kau terbayang dalam mind, just a few second, kau tengah buat camni or camtu yang kau tak mampu buat dalam real life. then kau rasa puas hati dan let go.

in this case i imagined i stab the person repeatedly menggunakan jarum suntik. 

its been 2 hours now. jiranku masih lagi menyanyi sepenuh hati di kala azan maghrib berkumandang.

Saturday, March 17, 2012

bahang asmara

kilauan cinta yang engkau genggam
tak sama kehangatan cintaku
berkurun lama tidak pernah terpadam
dan kilauan itu membunuhku
tersingkir lah bahang asmaraku

Gamma - Bahang Asmara

aku sedang menggulung tampon untuk disumbatkan ke mulut sesiapa yang betuah menjadi patien aku sambil mendengar Sinar fm online ketika lagu ini berkumandang.

malam ni panas dah bape hari tak hujan. aku tengah berkira-kira nak mandi malam ketika aku melalak lagu ni sambil duduk menggulung2 kapas (sila bayangkan). 

sambil melalak aku berfikir.

lagu ini bermaksud perempuan yang dipuja meninggalkan si penyanyi untuk lelaki yang lebih berharta.

dan ini conclusion aku ketika lagu tersebut habis

antara kehangatan cinta dan kilauan emas permata. aku pilih kilauan emas pemata. tak perlu lah kehangatan cinta kau sebab malam ni pun dah cukup panas. lagi baik aku pilih emas permata boleh tukar jadi duit beli aircond.

dan inilah. perasaan sebenar dari sudut hatiku.

some women would not agree. some would. 
and some men will take this personally.

madah serangkap

O' Sunday
thou shall not leave too soon
in such haste
'Tis i cannot bear
Thus I pray thee be long

Tuesday, March 13, 2012

the laughing stock

ketika aku tengok movie clash of titans kat cinema. aku rasa aku telah membazirkan duit untuk movie yang jalan cerita bagi aku tak berkualiti dan secara tak lansung menyakitkan otak aku berfikir. oh mostly tak berfikir aku cuma memaki2 dalam hati kenapa lah aku beli tiket untuk tengok cerita ni. sumpah bodoh. 
aku tak peduli bijak pandai zaman dulu mempunyai kreativiti mereka-reka tuhan mengikut imaginasi mereka. 
yang aku nampak betapa rendahnya martabat pompan waktu itu bila mereka sendiri menulis karya di mana tuhan sanggup turun dari heaven dan rogol manusia ciptaannya sendiri. maka terjadilah perlawanan antara manusia dan tuhan. haha. siapa menang dalam karya asal? aku pun tak tau.
lagi bodoh bila tuhan ada ramai maka semua pun berebut dan berbalah pendapat. apa jadi bila yang paling berkuasa ada lebih dari satu?

bodoh.

dalam cite the tudors bila george bengang dengan gay partner nya yang memaksa mereka keluar dari closet, george bengang lalu berkata 
"if u read the manuscript from ancient greek, u can know even the greek gods have problem with their wives" 
haha lawak bila dengar sentence tu. you see men. even the greek gods get nagged by their wives for forgetting to put down the toilet seat. 

13 March

(jam 11.20pm waktu tempatan. jam 12.20 pagi waktu di semenanjung msia)

Alhamdulillah, tiba juga hari ini. Selamat Hari Lahir yang ke-2x buat seorang yang bernama Noname. semoga tahun ini dan tahun2 mendatang dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Entry kali ini kita dedicate khas buat abang yang kita sayangi. walaupun abang tak heran pun ngan tulisan blog kita, tak baca pun. apalah sangat blog kita jika dibandingkan dengan fan page felicia day atau (apa entah nama pompan dalam the voice yang abang suka sangat tu) ...

buat Noname yang sentiasa dalam ingatan
Kita tak mampu nak belikan abang hadiah mahal-mahal apatah lagi nak beli tiket flight balik sana semata-mata nak celebrate birthday abang. kita tak mampu nak throw suprise birthday party macam orang lain buat. tapi satu hari nanti kita akan buat. bila kita dah keje n ada duit sendiri. kita buat birthday party besar-besaran. abang nak theme apa? barney and friends ke. sesame streets ke... kita siap boleh pesan clown lagi. nanti dia boleh buat baloon bentuk2 pedang tu. best kan?

buat Noname yang macho lagi hensem
kalau satu hari nanti kita dapat belikan hadiah birthday mahal-mahal untuk abang. nescaya kita akan belikan pil slimming. atau krim pelangsing tubuh. maka abang tak perlu gusar dan khuatir tentang masalah perut gendut lagi. (dan kita tak perlu dengar abang memberi penjelasan yang panjang lebar mengenai bagaimana cara makan abang mempengaruhi bentuk perut) kita juga pasti akan belikan tali pita supaya abang dapat check ukur-lilit pinggang abang selalu.

buat Noname yang tough dan ada 6-pax
kita tau pada setiap malam hari abang sibuk melayan pompan tu. pompan yang banyak kerenah -- henpon kesayangan. main game kat henpon adalah perkara wajib. tak bleh kacau abang. waktu paling afdhal untuk menelepon kita adalah ketika bateri henpon tinggal nyawa-nyawa ikan. menghantar sms pula adalah suatu kesalahan berat. namun begitu, kita sangat berharap supaya abang dapat meluangkan masa lebih sikit untuk kita berbual pada malam ini, sebagai tanda meraikan umur abang yang sudah bertambah.

buat  abangku Noname
kita akan sentiasa mendoakan kesejahteraan abang. di dunia dan di akhirat. semoga suatu hari kita dapat meraikan hari lahir bersama-sama.
amin.



Monday, March 5, 2012

adakah anda seorang hipokrit

ketahuilah kawan-kawan sekalian, bahawa status facebook yang bodoh-bodoh seperti "lapar" atau "hari ni nak gi shopping kat etc etc" atau "sakit perut cirit-birit hari ni dah 6 kali masuk kuar jamban" adalah lebih baik dari status/share article facebook yang hipokrit, menggelabah lagi extreme dan fanatic.

contoh hipokrit adalah bila kau seorang lelaki yang sering share article berjudul seperti "perempuan yang tak patut dijadikan isteri" atau "perempuan pakai tudung tapi masih seksi" bila aku sendiri tau kau makan minum belum tentu tolak yang haram titik berat yang halal. bila aku sendiri pernah nampak kau bangga2 pakai tshirt lambang jack daniel maka pada setiap share kau aku akan memulangkan paku buah keras pada kau walopun dalam bahasa berlapik. maka bertambahlah dosa aku jika yang membaca memahami maksudku kerana telah membuka aib orang. walaupun niatku adalah untuk menyedarkan kau supaya janganlah hipokrit sangat dan aku sebagai perempuan tak suka kau seperti menghina dan prejudice tehadap gender kami yang sering ada saja salah dan kekurangannya di mata seorang lelaki seperti engkau

contoh menggelabah adalah bila kau dari A merantau ke B untuk mencari sesuap makan dan di situ lah rezeki kau tersedia, namun kau tak menyenangi orang-orang dan keadaan di negeri B lalu setiap hari kau memaki hamun dan menghina environment dan keadaan di B tanpa nmemikirkan sensitivity yang membacanya. kau pernah dianiaya oleh orang di negeri B lalu kau meletakkan stereotype tersebut kepada semua orang yang berasal dari B. aku sebagai yang lahir di negeri B, hidup dan membesar di B merasa terhina dan terluka atas kata-kata kesat yang kau tak tujukan pada aku. dan perlu aku ingatkan, kalau kau tak suka duduk KL kau boleh balik tempat asal kau. KL tak rugi sikit pun kau takde. company kau pun tak heran kau quit. persoalannya, adakah kau akan mendapat peluang yang sama seperti di KL kalau kau di tempat asal kau? aku orang KL. KL best.

contoh extreme adalah bila kau ni kononnya kuat agama dan untuk memelihara iman kau dari dicemari lalu kau pun membuat announcement "nak delete fb yang seksi meksi dari fren list" wow. selama aku belajar agama, tak pernah pula aku diajar untuk memutuskan silaturrahnim ngan yang tak menutup aurat.

contoh terakhir aku baru encounter. penyebab rasa meluat lagi menyampah meluap-luap lalu aku pun deactivate acc fb aku untuk mengelakkan hati semakin hitam dek kutukan2 yang tak terluah di mulut.

kadang-kadang status fb entah apa-apa dari budak sekolah dengan bahasa rempit kurang difahami sebab terlalu pelik adalah lebih menarik untuk dibaca dari status orang dewasa yang konon matang tapi penuh kepura-puraan lagi menjengkelkan.

Sunday, March 4, 2012

mulai hari ini

mari kita buat experiment. untuk melihat apa akan terjadi. marilah. mulai hari ini. aku akan.
nanti kita lihat hasilnya bersama-sama.
experiment mungkin memakan masa yang lama. mungkin berhari, mungkin minggu dan mungkin berbulan-bulan.
tiada pemboleh ubah yang tetap, yang diubahsuai mahupun yang dimalarkan.
cuma lihat hasilnya saje.

Saturday, March 3, 2012

cuci mata

ingat tak waktu ketika muda remaja dulu. kalau dengar lagu tu mesti nak feel habis pastu nak kait-kaitkan ngan real life kita. haha. ingat tak kalo waktu remaja dulu suka betul ngan rock band/pop singer sampai rasa macam hebat nye lah diorang sampai boleh buat lagu power ( lagi melalaikan) camtu

masa zaman remaja dulu kalau tengok rock band perform kat mtv tu boleh bersinar-sinar mata terkedu lagi terkesima. wah...hot nyee vocal/gitar band abc ni...

time aku remaja dulu ni lah lelaki yang aku rasa hensem lagi macho dan hot di muka bumi ini. lalu kalau lah dapat berjumpa berjabat tangan kan best. tapi bak kata mak ngah aku, hish buat apa suka kat mat saleh tak sunat tu haih!! (tapi mat saleh sekarang dah pandai nak sunat-sunat so ayat tu tak boleh diguna pakai lagi)

ok berbalik pada tujuan asal tulisan blog kali ini.  adalah untuk mengumpulkan jejaka macho lagi hensem favourite aku masa remaja-remaja dulu. tujuan mengumpulkan adalah untuk memudahkan mencuci mata. idea blog datang ketika berkaraoke dengan housemate yang mempunyai cita rasa terhadap lelaki yang hampir sama lalu kami sama-sama drool melihat jejaka-jejaka tampan lagi kacak bergaya tersebut sewaktu berkaraoke dengan screen tv yang boleh tahan besarnya.

berikut adalah list lelaki hensem ikut taste AKU. bukan ikut mana-mana magazine yang ada prasyarat kena bape inch tall, lubang hidung kena besar mana etc etc (gambar main ambik dari mana2 website kat internet. tapi ambik yang paling hensem la of course)

1. Zamani Slam
hensem ok! aku suka sejak sekolah rendah lagi ( hai abang zamani i single lagi LOL)


2. Bert McCracken The Used
Ni time matrix hafal sume lagu dalam album second diorang In Love and Death




3. Brandon Boyd Incubus
Especially dalam video lagu Drive. memang lah sangat hot hot hot



3. Wesley Scantlin Puddle Of Mudd
Big fan band ni dulu. 



4. Billy Martin Good Charlotte
emo rock la konon nye. i pun sampai sekarang tak reti pakai eyeliner you...



5. Benjamin Burnley
muka jambu habis (tapi vocal macho sangat)



6. Kurt Cobain Nirvana
dah mati time aku baru kenal lagu rock. tapi lagu unreleased beliau You Know You're Ringht menarik minat untuk dengar lagu dia yang lain2.




kalo tengok sume se-pesen je kan. rambut panjang sampai bahu pastu muka penuh emosi. rock band singer/bass lah katakan. mesti kena macho sket. LOL

tapi yang kat bawah ni sesat pulak. tapi sukaaaa gilerr tak ingattt:

7. Kevin Richardson Backstreet Boys.
paling hensem antara semua. paling favourite antara semua.


hensem kan? kan kan? hensemmmm!!!!

Thursday, March 1, 2012