Monday, February 27, 2012

madah berhelah


kau tetap dalam ingatan ku. 
wahai... errr...(apa id kau aku lupa pula)

mengapakah kau pergi
selepas kata-kata manis kau lemparkan padaku wahai abc123?
adakah kau kecewa
bila hero yang kau hantar 
untuk melawat kampung hamba
terpeleot kakinya lalu masuk perangkap
hero yang baik paras rupanya
tak sanggup ku lepaskan dari genggaman
telah ku dijadikan
tukang cuci pinggan mangkuk di residen hamba
kerana itukah
kau berpaling tadah meninggalkan daku?

warkah yang kau hulurkan padaku dulu
warkah berisi kata-kata perasaan hangat membara
tidak berjaya kuselamatkan
apakan dayaku
berikutan ramai sungguh yang menghantar utusan setiap hari
penuh saja inbox-ku dengan MM
lalu, kata-kata berbaur cinta penuh rindu dendam mu itu
telah hilang bersama-sama jejakmu...

aku masih ingat kalau dulu
kampungmu menjadi pilihan utama
askar pedangku yang pergi
pulang dengan guni penuh berisi
maka bertambah populasi
akibat rezeki yang kau kasi
tak sia-sia kau di sisi
menjadi peneman setiap hari

masih aku ingat
kalau bukan kerana pujuk rayu ku kepada MH
kampung yang kau serahkan pada natar
akan tetap bersemadi dengan namaku
aku tahu
kau cinta padaku wahai abc123
namun
aku terpaksa menggoda MH untuk menukar nama tinggalan sejarah mu itu
kerana ku tak sanggup
melihat aku begitu disanjungi oleh yang telah tiada

wahai abc123
aku berharap kau berjaya di luar sana
walau apa pun bidang yang kau ceburi

atau adakah kau masih di sini, 
memerhatiku dari sebalik tirai
menanti masa melepaskan rasa rindu dendam mu itu?

jeng jeng jengg...........


sebagai kenang-kenangan kisah cinta kita berdua...

1 comment:

  1. main lagi ker??hahaaa.....
    x boleh tahan madahan nyer.. ;p

    ReplyDelete