Monday, February 20, 2012

buat para bapa kepada anak-anak kecil

yang sering dilihat di kedai makan.
 
bila ada keluarga dengan anak-anak kecil. yang bersilat memberi makan anak-anak adalah mak nya. paksa anak makan kalau mereka taknak makan. suapkan baby. muka comot lapkan. anak lari-lari dikejar. lalu mak pun tak dapat makan dengan tenang. ayah pula makan tanpa mempedulikan semua. makan dengan lahap. lepas makan. kenyang tersandar. ayah hisap rokok pula. sikit pun tak bantu bini. lalu bini cuma dapat makan lepas anak2 siap makan. makanan isteri pun dah sejuk. hilang selera. makan cuma untuk isi perut. 

nikmat makan bila tanpa diganggu hanya dirasai oleh mak

(pernah aku tengok. suami sampai bangun duduk meja lain bila anak2 berperangai macam2 di meja makan. bangun tinggalkan bini melayan anak mereka sorang2. rimas agaknya dengan anak sendiri. sumpah aku menyampah tengok muka laki ni. rasa nak lempang je)

yang sering berlaku di toilet

family dengan anak-anak kecil keluar jalan2. sampai waktu semua nak ke toilet. ayah meluru laju ke toilet lelaki. mak terkial-kial pegang anak kiri-kanan pimpin ke toilet perempuan. anak kecil yang lelaki pun masuk toilet perempuan. mak tahan kencing dulu. mula-mula mak monitor sorang demi sorang buang air. pastu baru lah mak buat bisness dia. time emak buat bisnes, yang anak-anak duduk depan toilet mak. 
mungkin orang lain berbeza, tapi kalau aku, sungguh tak selesa bila ada lain gender dalam toilet walaupun anak-anak kecil.

nikmat dapat keluarkan exudate hanya dirasai oleh mak.

yang sering terjadi di surau-surau

family dengan anak-anak kecil keluar jalan2. sampai waktu solat, mereka ke surau/masjid untuk solat. ayah pergi ambil wuduk dengan lajunya tinggalkan anak-anak dekat mak. mak juga lah yang menjaga anak-anak kecil sambil terkial-kial nak solat juga.
sering dalam surau perempuan yang sememangnya dibina lebih kecil berbanding bahagian lelaki, mak bawa anak-anak lelaki dan perempuan dalam surau. ini sangat memberi efek pada perempuan yang ada dalam surau. kami harus hati2, takut terlanggar anak-anak laki yang kejar-kejar kehulu kehilir. kami tak dapat cabut tudung habis untuk ambil wuduk.
pernah aku tegur budak lelaki lasak dalam surau ketika mak dia solat, "dik jangan lari-lari nanti kena orang batal air sembahyang..." 
dan bila ada anak lelaki  dalam surau maka perempuan yang dalam tu pun terkial-kial membetulkan tudung di bawah telekung. aurat.

nasib baik mak tolong jagakan anak-anak. dapat ayah solat ngan aman tanpa diganggu jerit tawa anak-anak sendiri. kasihan mak. solat tak khusyuk risau anak-anak dibiar tak berjaga.

nikmat solat dengan tenang hanya dirasai oleh mak


fikir-fikirkan lah wahai para bapa.
 

No comments:

Post a Comment