Ini adalah satu lawak ustaz saya cerita masa saya sekolah rendah agama dulu. ketika tu baru darjah 4 ke 5 tah, dan ketika ustaz ceritakan lawak tu, kami satu kelas blur je. sebab tak paham. kini saya dah besar dan belajar di seberang selat melaka. baru saya paham lawak ustaz tersebut.
untuk memahami lawak ini, anda perlu tahu. orang seberang sebut z sebagai j. contoh macam zip, mereka sebut jip. zalim sebagai jalim. dan seterusnya.
tersebutlah kisah ada seorang orang seberang bersolat jemaah di sebuah surau di malaysia. pada rakaat pertama imam tersebut membaca surah dhuha.
bermulalah bacaan imam tersebut. "wad dhuhaa... wallaili..." tiba2 imam tu berhenti.
rupa-rupanya imam tersebut tiba2 terlupa pula surah yang sering dibacanya. imam tersebut mencuba sekali lagi. "wad dhuhaa.. walllaili..." imam tersebut masih gagal menyambung bacaan.
cukup tiga kali imam tersebut gagal, maka lelaki yang dari tanah seberang ni terpanggil untuk menyambung bacaan. ketika imam tersebut terhenti selepas membaca ayat kedua di perkataan "wallaili" maka lelaki tersebut menyambung "iza sajaaa".. namun apa yang keluar dari mulutnya berbunyi "ija sajaaa"..
ustaz tersebut merasa marah lalu berkata, "camne nak eja kalau tak ingat?!!"
maka terbatal lah solat jemaah tersebut.
No comments:
Post a Comment