mula-mula kita kupas sebesen bawang
sambil kupas cek kampung. |
sambil online pun kita boleh kupas bawang
se-jar bawang merah blender |
ye puan-puan. dah siap kupas, kita blender, pastu kita simpan dalam fridge
jangan cipeh sangat kang den cili mulut tu |
sambil simpan tu kita cek stok cili boh ada lagi ke tak.
pastu kita susun balik telur ikut saiz.
pastu kita adjust temp fridge, naikkan sikit. rasa mcm sejuk sangat, kita turunkan sikit sampai temp sama macam tadi.
pastu dah tak tau nak buat apa. kita tulis blog pulak.
kisah sebenar di sebalik tulisan kali ini.
1. tahap kebosanan akhirnya mencapai tahap gaban. tido sudah, bangun sudah, cuci baju sudah, angkat pun sudah, lipat kejap lagi. sapu mop lantai pun sudah.
nak study malas pula.
2. siap2 bawang blender nanti nak masak senang. tak payah nak kupas2 tumbuk2 pakai lesung tumbuk lagi.
3. mak kata kalo taknak kata pedih time kupas, kita cucuk dia dulu dengan hujung pisau. teori tak dapat disahkan kerana masih jugak pedih mata
4. cili boh berasal dari sepeket cili kering yang di curi dari dapur rumah. ketika terkantoi, mak perli "aik cili kering pun nak bawak balik jugak?" lalu aku menjawab, kat ___ mana ada cili kering ma... dalam hati, jimat sikit duit aku takyah beli cili kat pasar
5. se-tupperware cili padi siap blender dari fridge rumah telah berjaya diseludup juga.
6. tiba2 rasa nak makan nasik goreng. tapi beras habis. LOL. nasik goreng feveret tumis bawang letak cili padi banyak2. takyah letak cili merah. pastu letak la benda2 lain. nanti nasik goreng jadi kaler kuning-hijau. pedas dan sedap.
7. kalo nak beli bawang siap blender (kat msia ada ke jual? kat Bandar X ni ada) tengok kaler dia. kalo merah sangat tu sah tak kupas lagi terus blender. jangan beli, kotor. tapi sebaiknya jangan beli pun yang dah siap proses. sure tak cuci bersih2 sebelum blender. huh!!
8. semalam aku gosok baju sampai habis hanger siap double layer lagi.
cerita utama
lagi berapa hari aku start busy.