mama aku mahu kahwin.
kahwin dengan siapa?
dengan siapa-siapa saja
lagu mengenai seorang lelaki nak sangat kahwin. dengan siapa pun boleh asal kahwin.
mama aku mahu kahwin
kahwin dengan siapa
dengan orang kota bharu
muka cantik mata kuyu
nak kahwin dengan yang cantik saje
mama aku mahu kahwin
kahwin dengan siapa
dengan orang batu pahat
rambut panjang bertahi lalat
nak kahwin dengan perempuan ada rupa
apakah lagu ini mencerminkan apa yang ada di sudut hati kebanyakan lelaki?
adakah relevan aku berasa stress dengan lirik lagu ni? maaflah, tidak berniat nak mengutuk lagu malar segar yang memang sedap pun didengar.
aku salahkan lagu yang dimainkan sebelumnya (aku kecewa dengan kau wahai frekuensi radio kegemaran aku kerana memainkan lagu sepeti ini) kerana lagu tersebut dinyanyikan perempuan tapi sangat merendahkan perempuan. siapa letak judul lagu dengan perkataan "kocok"? ughhh sangat distasteful. lagu yang dinyanyikan penyanyi dangdut terkenal dari seberang. sila dengar sendiri. tolonglah jangan mainkan lagilagu ni di radio. terima kasih.
No comments:
Post a Comment