Saturday, April 7, 2012

penang corner

lepas makan kat sebuah restaurant kau tunggu waitress lalu. kau mintak bil. tapi waitress/cashier lembab. lalu kau pun gather barang2 kau yang berat lagi banyak dan pegi sendiri ke counter. 
cashier bertanya, "makan apa tadi?"
aku tergamam. (bukan ke masa order ada tulis??) lupa dah order apa. aku tak ingat nasik goreng apa tah aku makan, or nama juice yang kemain glemer. pastu cashier panggil waiter yang ambik order, waiter yang ambik order telah menghilangkan diri. panggil2 tapi tidak menjawab. tekan2 bell tak muncul2.  lalu setelah 2-3 minit kau tunggu, kau ambik buku menu kau pun tunjuk sendiri nama makanan kau order. untuk menampakkan sarcastic, kau pegang buku menu macam cikgu sekolah ajar budak2 lambat tangkap. cashier tidak memahami dirinya disindir dan terus mengira-ngira harga makanan.
lepas cashier mention harga makanan, kau rasa macam terlebih lalu kau tanya price setiap menu kau pesan. 
rupa-rupanya kau kena charge ngan service tax.

Friday, April 6, 2012

mimpi gigi patah

mengikut kepercayaan orang2 tua, kalau mimpi gigi patah tandanya ada orang terdekat nak meninggal.

camne pulak kalau mimpi gigi avulsi (avulsion teeth) ? LOL.

tahun lepas 2 kali aku mimpi gigi aku avulsi. the very next week aku masuk spital kena dengue. (takde kena mengena tapi nak mention jugak -- aku bukan superstitious)

------

1. gigi avulsi adalah bila gigi tertanggal dari soket. selalu jadi pada kanak-kanak kerana trauma. 
main beskal kejar2 tibe2 terjatuh tersungkur, dah tanggal gigi.....

3. gigi avulsi masih vital. still boleh pasang balik pada soket dengan splinting

2. kalau terjadi avulsi, simpan gigi dalam susu dan jumpa dentist cepat2 paling lambat 3 jam

dilema hari cuti

jam 4 pagi terbangun dan rasa sangat fresh.
sebab semalam tido lepas maghrib.

banyak benda nak kena kejar sampai satu masa kau rasa macam, kan best kalau ahad hari kerja.